Tuesday, 20 September 2011

JANJI APEK MAHU PASTIKAN BENTENG SKUAD NEGARA KEBAL DARI TUSUKAN SAMURAI BIRU


Menyedari pasukan Jepun merupakan pasukan terbaik Asia, tambahan pula skuad Olimpik Jepun ini kebanyakkannya dibarisi pemain yang menjulang Pingat Emas Sukan Asia tahun lepas, Mohd. Khairul Fahmi Che Mat menjanjikan persembahan terbaik menjelang pertemuan menentang Jepun pada aksi pembukaan Kumpulan C, pusingan akhir Kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia di Stadium Tosu, Fukuoka, Rabu ini.

Bagi Khairul Fahmi yang mesra dengan panggilan Apek, dia berikra untuk menjaga gawangnya daripada dibolosi dengan mudah, tambahan pula Jepun sememangnya berada di kelas yang berbeza serta memiliki ramai pemain muda yang berkaliber. Menurutnya, dia juga tidak kisah sekiranya tidak menggalas cabaran selaku kapten semasa pertemuan itu, asalkan berjaya membantu negara untuk mencatatkan keputusan memberangsangkan di Tosu.
Skuad Olimpik Malaysia yang berlepas ke negara Matahari Terbit Jumaat lalu kini dikhabarkan sedang berehat serta mencari ilham terbaik di bandar pelabuhan Kokura, kepulauan Kyushu selama tiga hari sebelum bertandang ke Tosu esok. Antara bintang utama Jepun ialah bintang muda Arsenal, Ryo Miyaichi, skuad Samurai Biru juga dikhabarkan masih mengharapkan sentuhan pemain-pemain lama seperti Kensuke Nagai, Hotaru Yamaguchi, Kazuya Yamamura, Daisuke Suzuki, Yusuke Higa, Takuya Masuda dan Shunsuke Ando.

No comments:

Post a Comment