Friday, 19 August 2011

Cerita Ramadan : Pembangkit Cinta


Cinta dibangkitkan? Umpama hantu bangkit? Aah, karut, hantu mana mungkin muncul di Bulan Ramadhan, apa sebenarnya yang hendak kamu katakan?
Siapa yang hendak berbicara mengenai hantu? Hantu tu kamu sahaja yang tidak memahami erti sebalik cinta yang dibangkitkan.
Adakah selama ini cinta itu tidak pernah bangkit dalam diri kamu? Hingga perlu difahami erti di sebaliknya?
Semestinya cinta itu ada dalam diriku, malah sentiasa mekar tak kira siapa yang hendak ditujukannnya. Namun, cinta itu seolah-seolah dibangkitkan hingga melangit ke atas tatkala Ramadhan ini menjelma.
Ramadhan? Sememangnya cinta pada tuhan yang didambakan, bukan? Itulah keberkatan yang menyinar di sebalik tirai Ramadhan.
Pernah kamu menyelami cinta Ramadhan terhadap sesama manusia?
Jangan berbelit lidah, kemukakan segala hujah!
Berapa kerap satu keluarga berkumpul untuk makan bersama? Bukankah mereka selalu berbuka puasa dalam satu kelompok keluarga?
Berapa kerap seorang insan untuk ke masjid untuk bertemu saudara seislam dalam menunaikan ibadah secara jemaah?
Cinta yang dibangkitkan untuk mempertemukan mereka kerana takwa kepada yang maha esa.
Sungguh kamu bermadah cuma, itu perkara biasa, tiada yang luar biasa.
Kerana kamu tidak tahu kuasanya cinta, siapa yang mengharap sinar di bulan yang mulia, maka Allah akan memberi cinta yang tak terhingga, kerana puasa ini menjadikan kita orang yang bertakwa.
Firman Allah : Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (Al-Baqarah : 183)
Suami dan isteri, jika berpuasa mengharap redha ilahi, rumahtangga dibina kukuh berkali-kali.
Seorang anak mithali, jika berpuasa mengharap redha ilahi, Allah menerima doanya sebagai saham akhirat kepada ibu bapanya yang dicintai.
Seorang lelaki, yang berpuasa mengharap redha ilahi, jika hatinya berkenan dengan seorang wanita yang suci, pasti bermunajat agar dipermudahkan urusannya oleh yang hakiki.
Ramadhan membangkitkan cinta, andai kamu sedar kuasanya di bulan mulia, maka berusahalah mencari kehebatan di dalamnya.
Kini ku akuinya, hebatnya Ramadhan kerana cinta, tak kira kepada siapa, kerana tanpa cinta, hati kosong tak bermakna.
SCemanoti : Allah maha Mengetahui segalanya, hanya kita yang perlu mencari makna di sebalik sesuatu perkara.
  • 22
    22
    22
    22
    22
    22
    22
    22
    22

No comments:

Post a Comment