FAZLI EXPRESS
Semua express di sini........................
Labels
SELAMAT DATANG
Monday, 12 November 2012
Tuesday, 27 September 2011
Calon Tip Top Bakal Bersama The Red Warriors 2012?
Setelah berjaya mengharungi Liga Super musim ini dengan merangkul kejuaraan buat kali pertama, Kelantan kini sudah mengatur langkah awal apabila dikhabarkan bakal berbelanja besar untuk mendapatkan barisan terkuat bagi mengharungi musim 2012 yang mencabar. Selain bakal ditentang hebat oleh pasukan terkuat lain dalam kancah Liga Super, Kelantan juga bakal mengharungi saingan Piala AFC bermula Mac musim hadapan.
Berikut adalah calon-calonnya :
Abdul Hadi Yahya
Striker Terengganu FA
- Dikatakan Hadi masih berteka-teki untuk terus bersama Sang Peteh musim hadapan setelah beliau mendapat tawaran daripada Selangor dan Kelantan.
- Hadi yang dinobatkan selaku Penjaring Terbanyak musim ini pastinya ingin beraksi dengan kelab yang lebih kompetitif agar peluangnya untuk bersama skuad Kebangsaan terus bersinar.
- Untuk mendapatkan khidmat pemain ini, mungkin Kelantan harus membida dalam sekitar RM 1****..
- Namun Hadi dikatakan lebih cenderung untuk menyertai Selangor FA musim hadapan memandangkan di situ lah tempat kelahiran beliau.
Baddrol Bakhtiar
Striker/Winger Kedah FA
- Setelah gagal selama dua tahun untuk mendapatkan khidmat pemain kelahiran Kedah ini, Kelantan dilihat mempunyai peluang keemasan setelah Baddrol dikhabarkan sedia menyarung jersi The Red Warriors musim hadapan..
- Dengan kepantasan larian dan teknik sepakan set-piece yang mengagumkan, baddrol antara pemain muda yang mungkin bakal membarisi jentera serangan Kelantan musim hadapan..
- Dikhabarkan juga kontrak Baddrol bersama Kedah kini hanya berbaki setahun dan jika Kelantan benar-benar serius ingin mendapatkan pemain ini, tindakan susulan harus dilakukan..
Azlan Ismail
Striker Kedah FA
- Azlan Ismail kerap kali mencetuskan kontroversi baik di Kelantan mahupun di mana-mana sahaja pasukan yang diwakilinya..
- Azlan sememangnya mempamerkan aksi cemerlang sepanjang bersama Sang Kenari musim ini namun sayangnya beliau disisih akibat kecederaan..
- Mempunyai naluri terbaik sebagai seorang striker dan mempunyai sepakan deras, Azlan mungkin bakal kembali menabur bakti kepada negeri kelahirannya..
Amirul Hadi Zainal
Striker/Winger Selangor FA
- Amirul antara winger terbaik Malaysia selain daripada S.Chanturu dan Nurul Azwan Roya.
- Kelincahan dan kerajinan berlari mendapatkan bola pastinya mampu menarik mana-mana jurulatih untuk mendapatkan khidmatnya.
- kontrak Amirul dijangka tamat musim ini dan jika terdapat mana-mana tawaran, pasti tidak akan dilepaskan oleh Amirul.
- Sebelum ini, terdapat rumour yang mengatakan Amirul kini sudah sedia keluar dari zon selesanya di Selangor dan beliau sedia menerima cabaran baru bersama pasukan yang sedia menaruh khidmatnya.
Safiq Rahim
Attacking Midfielder Selangor FA
- Safiq hampir pasti bersama Kelantan musim depan seandainya beliau tidak ke Liga Super Indonesia.
- Kapten Skuad Kebangsaan itu sememangnya sudah meluahkan betapa beliau kagum dengan pasukan dan penyokong Kelantan dan beliau tidak menolak kemungkinan bahawa suatu hari nantibeliau akan beraksi bersama Kelantan.
- Kontrak Safiq Rahim dijangka tamat akhir musim hadapan namun, sebarang tawaran mungkin mampu dipertimbangkan oleh beliau..
NorFarhan Muhammad
Striker/Winger T-Team
- Farhan pernah beraksi bersama Kelantan musim lalu dengan membantu The Red Warriors menjulang Piala Malaysia buat kali pertamanya.
- Namun, perpindahan beliau secara mengejut sememangnya tidak boleh diterima oleh segelintir penyokong Kelantan yang bertindak memulau pemain berkenaan..
- Prestasi beliau bersama T-Team cukup memberangsangkan namun menurut Farhan, beliau tidak mendapat kepuasan bermain seperti yang dirasai semasa bersama Kelantan..
- Jika peluang dan ruang diberikan kepadanya, tidak mustahil Farhan akan kembali dan menjanjikan persembahan yang cemerlang seperti mana yang dilakukan beliau sepanjang dua musim bersama Kelantan.
Mahali Jasuli
Defender Harimau Muda A
- Mahali antara pemain pertahanan yang cukup muda dan berbakat yang dimiliki Skuad muda negara.
- Namun kadang-kala Mahali dilihat agak kurang matang beraksi meskipun beliau mendapat pendedahan dalam perlawanan antarabangsa yang kerap.
- Jika Mahali bersama Kelantan musim depan, beliau mungkin mampu mengasah bakatnya dengan lebih efektif dengan adanya pemain senior seperti S.Subramaniam dan Daudsu Jamaludin.
- Pemain ini sememangnya mudah untuk digandingkan dengan pemain pertahanan lain sepertimana yang dilakukan oleh Datuk K.Rajagopal sebelum ini.
Azmi Muslim
Defender/Midfielder Kedah FA
- Azmi Muslim agak cemerlang beraksi pada awal musim namun agak hambar pada akhir-akhir musim berikutan kecederaan yang kerap dialaminya.
- Pengalaman beraksi bersama UPB-My Team dan Skuad kebangsaan memberikan pemain ini advantage dalam mengharungi perlawanan besar.
- Azmi berkeupayaan bermain di posisi pertahanan dan tengah dalam satu masa..
- Dikhabarkan pemain ini sedia dilepaskan musim hadapan..
K.Gurusamy
Attacking Midfielder/Winger Harimau Muda A
- Gurusamy antara pemain Harimau Muda yang cukup berdisiplin dan berwibawa.
- Selain Kelantan, Selangor dan Kedah juga bakal berebut-rebut untuk mendapatkan khidmat pemain ini.
- Keupayaan beraksi sehingga 90 minit perlawanan dan bercirikan 'Playmaker', Gurusamy dilihat antara calon yang sesuai untuk digandingkan bersama Piya dan Shakir musim hadapan..
P/s: Sebenarnya masih ade tiga orang lagi calon pemain yang bakal menyarung jersi Kelantan musim 2012 tapi admin malas nak sebut,, panjang sangat.. Nanti xpasal-pasal kamu semua tak terbaca pulak.. Hehe...
Monday, 26 September 2011
B. Sathianathan dilaporkan telah bersetuju untuk metih Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk musim 2012.
Bekas ketua jurulatih Kelantan musim 2009/2010, B. Sathianathan dilaporkan telah bersetuju untuk metih Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk musim 2012.
Menurut sumber, Sathia dijangka akan mengadakan sidang media pada tengahari ini di Ibu Kota berkaitan perpindahan beliau ke ATM berkuatkuasa serta merta.
Laporan itu diperkuatkan lagi dengan kenyataan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa di laman Facebook menyentuh tentang komen beliau berkaitan perpindahan Sathianathan.
Sebelum ini, RedsfcNews telah melaporkan perpindahan Sathia ke ATM namun gagal mendapatkan pengesahan lanjut menyebabkan laporan itu senyap sehinggalah blogger sukan, Rizal Hashim kembali menimbulkan isu ini kepada khalayak. i-
Selain Sathia, dua lagi pegawai KAFA dijangka turut menyertai ATM selaku tenaga kejurulatihan.
Untuk catitan, Sathianathan merupakan jurulatih pertama membawa Kelantan menjulang kejuaraan utama Liga M apabila muncul johan dalam Piala Malaysia 2011 sebelum digantung enam bulan oleh FAM kerana kritikan beliau terhadap badan induk bola sepak Malaysia tersebut
Kereta Polis Peronda Mitsubishi Evolution 10 – Pemilik Wira Turbo Harus Berfikir Panjang

Dengan kemunculan kereta peronda polis versi Mitsubishi Evolution 10, pemilik kereta Wira & Kancil modified mungkin boleh melupakan niat mereka untuk bermain cucuk-mencucuk di’lebuh raya. Bukan apa, dengan mudah sahaja anda akan di’ayam-ayamkan oleh pemandu kereta polis ini.
Mempunyai 5 kelajuan gear, namun boleh di’maksimumkan kepada 6 kelajuan jikalau di’lengkapi twin-clutch, boleh membuatkan pemilik wira turbo & kancil modified terkesima sebentar di’kejar polis. Pesanan OHBULAN!, anda boleh memecut di’lebuh raya, tetapi pastikan kereta anda adalah jenis Toyota Celica & seangkatannya.




Saturday, 24 September 2011
Terengganu Sedia Singkirkan Kelantan Lebih Awal
Juara Piala FA, Terengganu menempah laluan getir dalam usaha meraih DOUBLE musim ini, apabila berpotensi besar dihadiahkan pertemuan menentang juara bertahan, Kelantan, seawal aksi suku akhir berbanding ramalan awal yang memisahkan kedua-dua seteru pantai timur ini sehingga aksi final.
Tewasnya anak buah Irfan Bakti kepada Negeri Sembilan semalam dengan jaringan 0-1 hasil gol tunggal Shahurain Abu Samah, bermakna Terengganu berdepan prospek menamatkan saingan peringkat Kumpulan B selaku naib juara dan menempah aksi ULANGAN FINAL PIALA FA menentang Kelantan, yang HAMPIR PASTI menamatkan aksi Kumpulan C selaku Juara - melainkan mereka berjaya mengubah kedudukan itu dalam baki 3 perlawanan yang masih tinggal.
Bagi Irfan, beliau jelas kecewa dengan kekalahan di Paroi, apatah lagi turun dengan status pasukan pilihan, pemainnya gagal memanfaatkan kesempatan yang terhidang untuk membawa pulang mata penuh sebaliknya membenarkan lawan menjaringkan gol mudah hasil satu gerak pantas dek kelalaian barisan pertahanan - ditambah pula aksi tidak menjadi penyerang kebangsaan, Abdul Hadi Yahya.
Apapun, Irfan mahu pemainnya segera bangkit memadam kecewa, dan yakin pasukannya akan kembali ke landasan kemenangan apabila turun menentang Sime Darby selepas ini seterusnya menyalakan impian merangkul DOUBLE tidak kira siapa lawan yang menanti.
“to be a champion, you must beat a champion, saya berpegang kepada prinsip itu. tidak semestinya kita kalah, jadi naib juara kumpulan, then jumpa Kelantan tak boleh jadi champion, tahun lepas pun Kelantan naib juara kumpulan A kalau u masih ingat, tapi mereka masih jadi champion tewaskan Selangor, Kedah dan Negeri Sembilan. Kekalahan ini hanya asam garam, ia menjadikan team saya lebih berwaspada. saya selalu ingatkan player saya fight until last whistle, jangan mengalah, keep on fighting, siapa lawan tak usah fikir, kalau ianya Kelantan sekalipun, kalau tak jumpa di suku akhir, kita tetap akan jumpa di semi atau final, so kita perlu bersedia tewaskan mereka bila-bila masa..”. – Irfan Bakti.
Kekalahan kepada Negeri Sembilan, meletakkan Terengganu di tangga kedua dengan 6 mata hasil kemenangan ke atas Sime Darby (3-0) pada aksi pembuka tirai, diikuti kemenangan 3-2 ke atas PKNS Selangor tiga hari kemudian.
Negeri Sembilan memiliki kelebihan 7 gol berbanding Sang Penyu 5 gol, justeru Sime Darby yang akan bertandang ke Kuala Terengganu pastinya bakal menjadi mangsa amukan tuan rumah Sabtu ini, di mana Terengganu perlu mencari kelebihan jaringan yang selesa untuk menyaingi Negeri Sembilan, andai kedudukan mata antara kedua-dua pasukan pada akhir saingan peringkat kumpulan terikat.
Wednesday, 21 September 2011
Fenomena terbaru sukan bola sepak kelantan
Red Warriors!
Satu name yang tidak asing lagi dalam dunia sukan bola sepak Malaysia. RW merupakan salah satu team bola sepak yang boleh di katakan biso *kata ore kelate* dengan barisan penyerang yang cukup hebat. Sejak dua menjak nie RW sudah mula bangkit dalam sukan bole sepak dan mula mendapat perhatian umum. Malah dari segi penyokongnya pula RW merupakan team yang mempunyai penyokong yang terlalu ramai sehingga stadium Sultan Mohammad ke- lV tidak dapat menampung jumlah penyokong yang hadir untuk menyaksikan perlawan. Sebagai contoh baru-baru nie , seawal 11 pagi lagi semua tiket sudah habis di jual. Betapa semangatnya mereka untuk menyaksikan perlawanan serta memberi sokongan kepada team kegemaran mereka.
Pemain dah hebat , penyokong dah ramai cuma sikap para penyokong je perlu lebih profesional lagi.Tak nak la kalau kalah sikit nak buat hal , nak bakar sana bakar sini. Aku yakin para penyokong RW boleh lakukannya. Tengok di beberapa game yang lepas , korang boleh terima dan berbaik dengan penyokong pihak lawan.Macam tue la sikap yang sepatutnya di tunjukkan.
Semoga kalian akan terus menunjukkan sikap sebagai penyokong bola sepak yang profesional.

Sanggup berbaris panjang semata2 nak beli tiket..

Tengok bola tengok bola juga..
bila tiba masanya kena laksanakan..

Baguskan mereka masih tak lupa menunaikan tanggungjawab

Stadium yang di banjiri dengan penyokong

Penuh dan padat...
kredit pic to MHMN...
Subscribe to:
Comments (Atom)










